?> awam | Sistem Aduan

awam

Pembangunan dan Kerja Awam

Email Jabatan: 
Jabatan Induk: 

Lantai simen Medan rosak

- Aduan isu berbangkit peniaga di dalam ''PROGRAM LIBAT URUS PENIAGA MEDAN SELERA DAERAH KOTA SETAR BERSAMA DATUK BANDAR''.

- Aduan dari Pn Romah bt Hashim (012-4892673) mengenai lantai simen Medan Selera PBAS telah rosak. Mohon pihak tuan untuk memeriksa keadaan lantai di dalam lot gerai, ruang makan dan kawasan sekeliling medan untuk pembaikan. Terima kasih

 

Kebocoran gutter/ laluan air di bumbung gerai

Saya En. Zahari bin Daud peniaga Gerai No.1, mewakili semua peniaga di Bazar Melayu memohon jasa baik tuan agar dapat mengambil perhatian terhadap masalah kebocoran gutter/ laluan air dibumbung semua gerai di Bazar Melayu.

Saya sertakan no telefon untuk memudahkan pihak tuan dapat menghubungi saya. Terima kasih

ZAHARI BIN DAUD 017-4251460/ 012-5847803 

MOHON BESI PENUTUP LONGKANG

Hasil pemantauan didapati penutup besi longkang di belakang bahagian laluan daging telah hilang dan menyebabkan orang awam dan peniaga terjatuh di dalam longkang tersebut. Mohon penggantian segera daripada pihak tuan. terima kasih

TAMBAHAN KUNCI DI BILIK SUIS

Hasil pemantauan didapati pintu bilik suis telah dibuka tanpa kebenaran oleh gelendangan yang tidur di ruang medan selera tersebut. Mohon pihak tuan menambah kunci di pintu bilik tersebut untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi . terima kasih

Meja, kerusi patah dan rosak

- Aduan isu berbangkit peniaga di dalam ''PROGRAM LIBAT URUS PENIAGA MEDAN SELERA DAERAH KOTA SETAR BERSAMA DATUK BANDAR''.

- Pengesahan telah dibuat didapati terdapat masalah kerusi, meja yang telah rosak, patah di dalam medan Selera Pasar Besar Alor Setar. Mohon pihak tuan untuk memeriksa masalah kerusi, meja yang terdapat di situ. Terima kasih

Longkang rosak dan tersumbat

- Aduan isu berbangkit peniaga didalam ''PROGRAM LIBAT URUS PENIAGA MEDAN SELERA DAERAH KOTA SETAR BERSAMA DATUK BANDAR''.

- Pengesahan telah dibuat dan didapati terdapat masalah longkang rosak dan tersumbat di kawasan Medan Selera Shahab Perdana. Mohon pihak tuan untuk memeriksa masalah longkang di situ. Terima kasih

Ketiadaan air di setiap gerai

- Aduan isu berbangkit peniaga di dalam ''PROGRAM LIBAT URUS PENIAGA MEDAN SELERA DAERAH KOTA SETAR BERSAMA DATUK BANDAR''.

- Pengesahan telah dibuat dan didapati terdapat masalah ketiadaan air di setiap gerai Sudut Selera Medan Bendahara. Mohon pihak tuan untuk memeriksa masalah air di situ. Terima kasih

 

KAKI KERUSI PATAH DEPAN GERAI NO 6

Hasil pemantauan didapti dihadapan gerai no 6 telah patah dan pohon pembaikan daripada pihak tuan. terima kasih

TANDAS DUDUK SALURAN PEMBUANGAN TERSUMBAT

Mohon pembaikan dengan kadar segera. Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

SINGKI TANDAS LELAKI TERSUMBAT

Mohon pembaikan segera singki tandas lelaki Bahagian Sumber Manusia di tingkat 11 kerana tersumbat dengan sisa makanan yang dibuang oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.