?> harta | Sistem Aduan

harta

Pengurusan Harta

Email Jabatan: 
Telefon Pegawai: 
0126865048

MOHON PETAK PARKING MOTOSIKAL

Merujuk lampiran gambar, mohon pihak Tuan untuk membuat tapak parking motosikal di Pasar Sehari Bukit Pinang bagi mengelakkan kesesakan laluan masuk ke Taman Bukit Pinang . Terima kasih

KEROSAKAN FLUSH 2 UNIT DALAM TANDAS PEREMPUAN DI ARAS 2 UTC KEDAH.

Mohon pembaikan dengan kadar segera. Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Bumbung Bocor Di Gerai No. 30, Medan Selera Mergong.

Bumbung bocor di gerai No. 30, Medan Selera Mergong telah menyebabkan kerosakan siling dan lain-lain. Perlu diperbaiki segera.
Dipanjangkan aduan ini kepada Jabatan Kejuruteraan untuk tindakan selanjutnya.

Terima kasih.

wayar telefon berselirat di balkoni

Wayar-wayar serabut dalam keadaan berbahaya kerana berjuntai dan banyak di sepanjang balkoni Medan Raja. Keadaan ini turut menjejaskan pandangan masyarakat terhadap kerja-kerja buat Majlis Bandaraya Alor Setar.  Pohon Jabatan terlibat untuk tindakan sepatutnya. Terima kasih

KUALITI KERJA-KERJA PEMBERSIHAN TANDAS KURANG MEMUASKAN DAN SINKI SENTIASA TERSUMBAT

ASSALAMUALAIKUM.SAYA SELAKU STAF DALAM PEJABAT DI UTC MEMOHON AGAR PIHAK TUAN DAPAT MEMBUAT PEMANTAUAN LEBIH SERIUS TERHADAP KUALITI KERJA-KERJA PEMBERSIHAN TANDAS OLEH SYARIKAT YANG DILANTIK. KEADAAN TANDAS SENTIASA BUSUK DAN TANDAS DUDUK MAHUPUN YANG CANGKUNG TIDAK DICUCI DENGAN SEPATUTNYA. SISA DI TANDAS DUDUK DAH BERAPA LAMA SAYA TENGOK,MACAM TIDAK DIBERUS LANGSUNG.LANTAI PULA HANYA DIMOP SAHAJA TIDAK DIBERUS MAHUPUN DIBUBUH ASID SUPAYA DAKI-DAKI LANTAI DAN DINDING YANG KEHITAMAN DAPAT DICUCI DENGAN SEMPURNA.

Perkhidmatan Tidak Memuaskan

Pengadu memaklumkan bahawa kakitangan Unit Sewaan memaklumkan kepada beliau berkenaan Proses Bayaran Balik Deposit akan dilakukan dengan secepat mungkin. Pengadu menghantar permohonan bayaran balik deposit pada 31/10/2018 (Rabu) di Kaunter Sewaan UTC. Pengadu telah membuat semakan status kelulusan beliau dengan kakitangan Unit Sewaan pada harini 3/12/2018 di talian.

KEROSAKAN TELEVISYEN 2 UNIT

Untuk makluman, pihak Pengurusan UTC Kedah ingin melaporkan kerosakan di atas.
Sehubungan dengan itu, diminta pihak tuan menangani masalah berkenaan dengan segera.
Kerjasama dan tindakan dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Terdapat gerai yang ditambah binaan

Aduan daripada En.Mohamad bin Ismail beralamat 25 Kampung Panchur, 06400 Pokok Sena

telah dihantar ke Pejabat Cawangan melalui surat pada 29 Julai 2018.

Beliau membuat aduan mengenai gerai yang telah ditambah keluasan.Adakah telah mendapat kelulusan MBAS.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

jalan berlubang

Hadapan pondok masuk Tempat Letak Kereta (CIMB) jalan berlopak (lubang) menyebabkan gangguan kepada kenderaan yang masuk untuk parkir.  Pengguna yang masuk kesitu tidak berpuas hati dan mohon tindakan segera diambil oleh Majlis.  

Kerosakan kerusi makan

Kerusi makan di sudut selera terminal bas Shahab Perdana mengalami kerosakan dan tidak boleh digunakan lagi. Pohon tindakan untuk mengalihkan kerusi-kerusi tersebut.