?> landskap | Sistem Aduan

landskap

Bahagian Landskap dan Rekreasi

Email Jabatan: 

MOHON PENEBANGAN POKOK

Hasil pemantauan didapati pokok di sebelah medan selera pasar besar alor setar telah reput dan patah . hal ini di kuatiri akan jatuh ke bumbung medan. Mohon penebangan daripada pihak tuan dengan segera. terima kasih

BUMBUNG ROSAK

Aduan daripada penyewa No 8 Gerai Batu Kristal, berkaitan isu bumbung dan dinding gerai yang disewa oleh penyewa. Ada satu dahan pokok yang besar telah menimpa gerai tersebut sehingga menyebabkan dahan pokok itu telah menembusi bumbung dan dinding gerai tersebut.

DAHAN POKOK PATAH

hasil pemantauan didapati dahan pokok di kawasan medan telah patah. mohon tindakan daripada pihak tuan. terima kasih

Pohon Buang Ranting Dan Akar Pokok Di Belakang Medan Selera

Pohon pihak Bahagian Landskap dan Rekreasi untuk membuang ranting pokok yang berada di belakang Sudut Selera Jalan Putra (Maybank).
Akar pokok itu juga telah merosakkan lantai sudut selera.
Pokok terlalu rimbun telah menyebabkan daun-daun kering masuk ke dalam longkang dan menyebabkan longkang tersumbat.

Dipanjangkan aduan ini kepada Bahagian Landskap dan Rekreasi untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Terima kasih.

 

Pokok Tumbuh Di Belakang Bangunan Medan Bendahara

Aduan mengenai pokok tumbuh di sebelah kiri, belakang bangunan Medan Bendahara Jalan Langgar. Boleh menjejaskan struktur bangunan tersebut.
Mohon Bahagian Landskap dan Rekreasi untuk membuang pokok berkenaan.

Inilah dipanjangkan aduan ini kepada Bahagian Landskap dan Rekreasi untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih.

Masalah pokok besar di belakang gerai

- Aduan isu berbangkit peniaga di dalam '' PROGRAM LIBAT URUS PENIAGA MEDAN SELERA DAERAH KOTA SETAR BERSAMA DATUK BANDAR''.

- Pengesahan telah dibuat didapati terdapat masalah pokok besar dibelakang gerai rungutan dari peniaga gerai supaya pokok perlu di trim/ di pangkas dahan yang besar. Mohon pihak tuan untuk memeriksa masalah pokok di belakang gerai tersebut. Terima kasih

- Siasatan tapak 11/1/2023 di lokasi tersebut mendapanti pokok di kawasan gerai telah pun dibuat pangkasan dan penebangan pada 12/12/2022 oleh pihak kontraktor dalam sebut harga SH/03/2022.

MOHON PENEBANGAN POKOK

Hasil pemantauan , didapati ada ranting-ranting pokok yang telah reput di perkarangan tapak uptown. mohon penebangan pokok yang telah berusia bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku lagi. terima kasih

-Kerja pemangkasan dahan yang reput telah dilaksanakan pada 31/10/2022 oleh unit aduan bahagian Landskap & Rekreasi.

MOHON PENEBANGAN POKOK

Hasil pemantauan didapati ada pokok yang menghalang pihak URDP membuat pembaikan bumbung. Mohon penebangan pokok tersebut daripada pihak Tuan dengan segera. terima kasih

- telah selesai dilaksanakan penebangan pada 12/12/2022 oleh pihak kontraktor.

MOHON TEBANG POKOK BULUH

Terdapat pokok buluh berhampiran tandas pejabat. Pokok buluh tersebut membuatkan kawasan semak walaupun rumput telah dipotong oleh Pembantu Am. Kedudukan pokok tersebut menyebabkan haiwan seperti musang & ular masuk ke dalam pejabat.

Pokok Liar Di Atas Bumbung Bangunan Medan Raja

Aduan ini diterima daripada Pembantu Operasi. Melalui pemantauan berjadual didapati pokok liar tumbuh di atas bumbung bangunan hotel berkenaan.

Dipanjangkan aduan ini kepada Bahagian Landskap untuk tindakan selanjutnya.
Terima kasih.