lanskap

Bahagian Landskap dan Rekreasi

Email Jabatan: 

MOHON TEBANG DUA BATANG POKOK PINANG

Terdapat dua batang pokok pinang yang telah tumbuh & terkena wayar elektrik.

Akar pokok dari dalam siling

Hasil pemantauan mendapati terdapat akar yang terjuntai melalui siling gerai makan no. 30 di atas Pasar Teluk Wanjah. Ini berkemungkinan terdapat pokok tumbuh di atas bumbung atau di dalam siling. Mohon pihak berkaitan untuk membuang pokok tersebut bagi mengelak kerosakan siling dan bumbung. Terima kasih.

Pokok di atas bumbung

Hasil dari pemantauan didapati terdapat pokok tumbuh di atas bumbung pasar bahagian jualan daging babi. Ini telah menyebabkan bumbung dan siling pasar rosak. Mohon di ambil tindakan segera. Terima kasih.
 

POKOK MEMPELAM PERLU DIPANGKAS

Terdapat sebatang Pokok Mempelam di tepi Pejabat MBAS Cawangan Pokok Sena yang perlu dipangkas.

Sekian, dimaklumkan.

Terima kasih.

RANTING, DAHAN POKOK KENA BUMBUNG PEJABAT

Terdapat beberapa batang pokok yang mana ranting dan dahan telah terkena pada bumbung pejabat. Kebimbangan lebih tinggi jika keadaan angin kencang/ribut.

Mohon perhatian dan tindakan segera bahagian berkaitan.

Sekian, dimaklumkan.

Terima kasih.

VANDALISME PADANG TAMAN PERMAINAN

MOHON TINDAKAN DARIPADA PIHAK BERKENAAN DENGAN KADAR SEGERA.

TUMBUHAN LIAR TUMBUH DI DINDING PARKIR ARAS 4 UTC KEDAH, MENCACATKAN PEMANDANGAN

Untuk makluman, pihak Pengurusan UTC Kedah ingin melaporkan masalah tumbuhan liar yang tumbuh di dinding parkir aras 4 UTC dan memcacatkan pemandangan..
Sehubungan dengan itu, diminta pihak tuan menangani masalah berkenaan dengan segera.
Kerjasama dan tindakan dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Masalah lopak air

Didapati terdapat lopak air yang terjadi apabila hujan di hadapan tandas tersebut. Keadaan ini menyebabkan kawasan tandas menjadi kotor apabila pengguna tandas melalui kawasan air yang becak dan lopak air tersebut. Mohon untuk tambun batu, tanam pokok atau apa-apa yang sesuai dilakukan untuk mengatasi masalah ini

dahan pokok reput

mohon untuk tindakan segera pemotongan dahan pokok yang sudah lama dan telahpun menimpa peniaga-peniaga tersebut.

Kerosakan peralatan taman permainan

Didapati terdapat peralatan permainan di taman permainan tersebut yang mengalami kerosakan. Pembaikan segera perlu dilakukan untuk membolehkan peralatan tersebut digunakan semula.