Terdapat beberapa orang peniaga/penjaja yang telah menjalankan perniagaan di tepi jalan berhadapan simpang masuk ke Pasar MBAS Pokok Sena.
Keadaan tersebut menyebabkan kacau ganggu lalulintas kepada pengguna jalan raya. Tindakan kumpulan peniaga/penjaja terbabit juga menjadikan situasi tidak adil kepada para peniaga yang berlesen/permit di dalam Pasar MBAS Pokok Sena.
Mohon perhatian dan tindakan segera bahagian berkenaan.
Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.
Daripada : KB MBAS Cawangan Pokok Sena.