Hasil daripada pemantauan pengawas pasar di dapati terdapat tong sampah ditempatkan di belakang peniaga makanan dan bau agak kurang menyenangkan dan gaunggu semasa aktiviti peniagaan peniaga. Pohon diambil tindakan segera. Terima Kasih.
Surat peringatan telah dikeluarkan kepada E-Idaman pada 30.7.2018
Didapati peniaga bazar di kawasan tersebut menyalahgunakan tandas OKU untuk membasuh baju pada waktu malam di tandas tersebut. Perkara tersebut terus berlaku walaupon sudah ditegur oleh penjaga tandas tersebut. Pohon tindakan tegas untuk menghalang perkara ini dari terus berlaku.
Hasil daripada pemantauan pengawas pasar di dapati tandas pasar kuala sungai telah tersumbat dan penuh sisa kumbahan.Pohon bahagian perkhdimatan bandar untuk membuat penyelenggaraan segera. Terima kasih.
Hasil daripada pemantauan pengawas pasar di dapati keadaan dan kebersihan tandas awam milik majlis tidak di jaga dengan bersih dan sering kali tersumbat. Pekara ini menyebabkan kesulitan kepada orang awam dan peniaga sering membuat rugutan. Pohon di ambil tindakan segera. Terima Kasih.
Salam Tuan, Semak samun di lokasi rumah kosong tersebut telah menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Seorang penduduk/jiran didapati telah dijangkiti demam denggi dan pemeriksaan oleh Pejabat Kesihatan mendapati terdapat anak jentik di kawasan rumah kosong tersebut. Pejabat Kesihatan juga telah melakukan semburan bagi menghapuskan nyamuk-nyamuk. Mohon pihak MBAS membersihkan kawasan rumah kosong tersebut dengan kadar segera. kerjasama pihak tuan amatlah diharapkan Terima kasih.
DIMAKLUMKAN BAHAWA, RUMPUT DI TAMAN PERMAINAN PADANG BELIA POKOK SENA SUDAH PANJANG. MOHON UNTUK DIPOTONG RUMPUT TERSEBUT KERANA KEADAAN DI SITU AGAK SEMAK SAMUN DIKHUATHIRI MENJADI TEMPAT TINGGAL BINATANG BERBISA SEPERTI ULAR.