Dalam Tindakan

kebocoran air dan kerosakan siling

mohon pembaikan kebocoran air dalam siling di tandas perempuan. dari kebocoran itu kebanyakan siling rosak dan jatuh. rujuk gambar dilampiran. pohon pembaikan segera. terima kasih

SISTEM TIDAK DAPAT DI AKSES

Sistem i Hadir (GPS) MBAS yang diguna pakai semua kakitangan MBAS Cawangan Pokok Sena tidak dapat diakses/digunakan sejak petang 20 Jun 2022 (Isnin).  Hasil semakan dengan Bahagian Teknologi Maklumat pada tarikh yang sama, En. Hafizi memaklumkan bahawa sistem tersebut 'Under Maintenance'.  Pihak kami berdepan kesukaran untuk merekod maklumat lapor diri keluar masuk bertugas sehingga hari ini.  Mohon perhatian dan tindakan sewajarnya daripada pihak Bahagian Teknologi Maklumat.  Sekian, dimaklumkan.  Terima kasih.

Jalan Berlopak Di Laluan Bas Ekspres Di Terminal Bas Shahab Perdana

Aduan ini diterima daripada Pembantu Operasi. Melalui pemantauan berjadual didapati jalan berlopak di laluan bas ekspress iaitu berhampiran kaunter JPJ. Jalan perlu ditampal semula.

Dipanjangkan aduan ini kepada Jabatan Kejuruteraan untuk tindakan selanjutnya.
Terima kasih.