?> KIV | Sistem Aduan

KIV

GERAI PENIAGA TELAH LAMA DI TINGGALKAN TANPA MENJALANKAN PERNIAGAAN

Hasil pemantauan pegawas pasar, terdapat beberapa "stall" peniaga telah lama di tinggalkan di kawasan Pasar Pagi Pokok Sena. Ini menyebabkan gangguan dan mencacatkan permandangan di kawasan tersebut. Mohon tindakan dari pihak tuan. Terima kasih

MOHON PENEBANGAN POKOK

Hasil pemantauan didapati pokok di sebelah medan selera pasar besar alor setar telah reput dan patah . hal ini di kuatiri akan jatuh ke bumbung medan. Mohon penebangan daripada pihak tuan dengan segera. terima kasih

Kenderaan Usang, Kekotoran Di Sekitar Premis Dan Halangan Di Laluan Belakang Kedai

Aduan oleh Unit TLK adalah seperti berikut:-
1)  Kenderaan Usang   -  ditinggalkan di sekitar kawasan Kompleks Perniagaan Pumpung
2)  Kekotoran              -  longgokan sampah dari bengkel kenderaan dibuang di hadapan premis dan minyak terpakai kenderaan (minyak hitam) di buang ke dalam longkang
3)  Halangan               -  meletakkan meja dan dapur memasak di laluan belakang kedai Kompleks Perniagaan Pumpung

Pohon Bahagian Penguatkuasaan untuk mengambil tindakan selanjutnya. Terima kasih.

RUNTUHAN KECIL BAHAGIAN KONKRIK

Mohon tindakan sewajarnya diambil oleh pihak tuan bagi menyelesaikan masalah tersebut yang boleh menyebabkan kecederaan kepada orang awam atau pun staf klinik itu sendiri. Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

KEROSAKAN SIMEN DI PARKIR ARAS 2 UTC KEDAH

Mohon pihak tuan mengambil tindakan segera. Kerjasama dan tindakan yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

MEMPERCEPATKAN KERJA KERJA PEMBAIKAN KERETAKAN BEAM (RASUK) DAN KEBOCORAN LANTAI PARKING ARAS 5

Merujuk kepada surat daripada Badan Pengurusan Bersama Kompleks MBAS bertarikh 28hb. September 2020.

Diminta pihak tuan dapat mempercepatkan kerja-kerja pembaikan kebocoran di tempat letak kenderaan.

Sehubungan dengan itu, diminta pihak tuan menangani masalah ini dengan segera.
Kerjasama dan tindakan dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

KEBOCORAN DARI PARKIR ARAS 4

Untuk makluman, pihak Pengurusan UTC Kedah ingin melaporkan kerosakan di atas.
Sehubungan dengan itu, diminta pihak tuan menangani masalah berkenaan dengan segera.
Kerjasama dan tindakan dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

KEBOCORAN LANTAI PARKIR ARAS 6

Untuk makluman, pihak Pengurusan UTC Kedah ingin melaporkan kerosakan di atas.
Sehubungan dengan itu, diminta pihak tuan menangani masalah berkenaan dengan segera.
Kerjasama dan tindakan dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

KEROSAKAN LANTAI KONKRIT PARKIR ARAS 2