Mohon pembaikkan segera tandas wanita di tingkat 11 Bahagian Sumber Manusia kerana tersumbat dan tiada pemasangan besi "Magnetik Door Closer" di belakang
pintu tandas tersebut menyebabkan pintu tidak dapat ditutup dengan rapat . Kerjasama pihak yang berkenaan dalam pembaikkan tandas tersebut amatlah diharapkan.
Pohon pihak Bahagian Landskap dan Rekreasi untuk membuang ranting pokok yang berada di belakang Sudut Selera Jalan Putra (Maybank).
Akar pokok itu juga telah merosakkan lantai sudut selera.
Pokok terlalu rimbun telah menyebabkan daun-daun kering masuk ke dalam longkang dan menyebabkan longkang tersumbat.
Dipanjangkan aduan ini kepada Bahagian Landskap dan Rekreasi untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Adalah dimaklumkan tombol pintu bilik Ketua Unit Kawalan Perancangan (Mohd Izham Bin Abdul Hamid) telah rosak. Mohon tindakan pembaikan dengan kadar segera.
Kerjasama pihak tuan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.